Saturday, 18 June 2011

WANITA MENDERITA DALAM DIAM

Sanggup mengorbankan hidup kerana tidak peka terhadap hak sebenar

BENARKAH ungkapan `lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks, wanita pula memberi seks untuk mendapatkan cinta’? 

Tidak dapat dinyatakan dengan pasti kesahihan ungkapan itu, namun, banyak contoh menunjukkan kebanyakan wanita bersikap sedemikian sehingga ada ketikanya, keadaan itu mendedahkan mereka menjadikan mangsa keganasan lelaki, baik suami, teman lelaki mahu pun rakan.

Sikap lembut, penyabar dan sering beralah wanita menyebabkan mereka terpaksa menderita dalam diam kerana tidak mahu dianggap derhaka dan tidak setia kepada pasangan. Malah, ada wanita sanggup mengorbankan hidup dan keluarganya kerana tidak mahu melanggar adat dan agama.

Berdasarkan fakta itu, ia mungkin juga antara penyebab mengapa kes keganasan terhadap wanita kini semakin serius. Saban hari, ada saja kes keganasan terhadap wanita dipaparkan media. 

Statistik Jabatan Pembangunan Wanita mencatatkan kes keganasan wanita yang mendapat perkhidmatan kaunseling pada 2008 ialah 957 kes. Jumlah itu meningkat kepada 1,633 pada 2009 dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 1,008 kes sudah dilaporkan. 

Perkara ini harus diberi perhatian. Wanita harus diberi pendidikan dan kesedaran sewajarnya mengenai hak mereka. Berikutan itu, satu seminar Literasi Undang-undang Menangani Masalah Keganasan Terhadap Wanita dianjurkan Jabatan Pembangunan Wanita dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd, berkata peningkatan statistik mengenai kes penderaan terhadap wanita mencerminkan mereka masih belum peka mengenai hak sebagai wanita yang dilindungi. Beliau berkata, wanita perlu sedar mereka mempunyai hak mempertahankan diri dari segi undang-undang jika didera. 

“Didera suami sekali pun, keadaan itu perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika mereka tidak bertindak, dikhuatiri gejala penderaan terus berleluasa hingga menyebabkan mereka diperlakukan sesuka hati. 

“Senario ini amat menyedihkan kerana wanita masa kini adalah tunggak pembangunan negara. Jika isu ini tidak dibendung, negara akan rugi kerana tenaga dan kepakaran wanita amat diperlukan bagi membangunkan ekonomi dan pembangunan modal insan,” katanya. 

Seminar seperti ini, kata Wan Hasmah, memberi penjelasan kepada peserta mengenai hak, pengetahuan, keyakinan dan kesedaran mengenai undang-undang apabila berdepan situasi tertentu seperti perkahwinan, perceraian, nafkah, gangguan seksual, rogol, cabul, pembuangan bayi dan eksploitasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Ketika mengulas isu berkaitan, seorang peguam, Tengku Naufal Tengku Mansor, berkata keganasan terhadap wanita adalah jenayah dan pencabulan hak asasi terhadap mereka. 

Beliau berkata, penderaan juga adalah bentuk keganasan wanita bukan saja dalam bentuk fizikal tetapi emosi dan psikologi, lazimnya dilakukan lelaki yang menganggap wanita tidak setaraf dan lemah. 

Keganasan terhadap wanita, katanya, sudah menjadi isu global, tidak mengira golongan mahu pun taraf hidup. 

Tengku Naufal berkata, bagi kategori penderaan fizikal, wanita sering dikasari dengan pelbagai cara menyakitkan antaranya, dipukul, ditoreh hingga nyawa mereka terancam. 

Malah, katanya, usaha menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan mendapat perlindungan juga termasuk dalam kategori penderaan fizikal. 

“Penderaan fizikal yang boleh mencederakan ini jelas melanggar hak asasi manusia. Perbuatan seumpama ini boleh dihukum. Kecederaan seumpama itu pastinya dapat dilihat. Bagaimana pula dengan penderaan emosi, tanpa disedari penderaan sedemikian menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma dan sentiasa murung dan boleh menyebabkan gangguan mental,” katanya. 

Lazimnya penderaan seperti itu, kata Tengku Naufal, berlaku dalam bentuk ugutan, tengking, herdik, cacian dan hinaan. Penderaan ini menjejaskan nilai harga diri seorang wanita. Keadaan berlarutan hinggakan mangsa mengalami perasaan rendah diri. 

Jika isteri mengalami keadaan sedemikian, mangsa, kata beliau, tidak boleh berfungsi dengan baik sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Jika dia berkerjaya dan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, pasti produktivitinya terjejas. 

Selain penderaan fizikal, emosi dan psikologi, katanya, wanita juga terdedah kepada penderaan dan gangguan seksual. Gangguan sedemikian adalah perilaku atau pendekatan berkaitan seks tidak diingini. Ia termasuk permintaan melakukan seks dan perilaku lainnya yang secara verbal atau fizikal merujuk kepada seks. 

Menurut Tengku Naufal lagi, dalam gangguan seksual, 10 peratus datangnya daripada ancaman, 10 peratus lagi intonasi (nada suara), iaitu gangguan berbentuk perkataan lucah, pujian berbaur seks dan perkataan yang boleh menjatuhkan maruah wanita manakala 80 peratus perbuatan atau non-verbal atau isyarat iaitu menjelirkan lidah, bermain mata, isyarat tangan, pandangan dan kerlingan. 

Dalam zaman serba canggih kini, beliau berkata, gangguan boleh disebarkan dalam bentuk penghantaran visual lucah dan mesej berbaur seks serta ajakan seks menerusi telefon. 

Gangguan seksual memberi kesan langsung kepada status pekerjaan wanita, sama ada untung atau rugi, kenaikan atau penurunan pangkat. Biasanya perkara ini berlaku daripada pihak atasan kepada pekerja. 

Umpamanya rasuah seks, jika pekerja bawahan inginkan kenaikan pangkat mereka perlu memuaskan nafsu majikan mereka dan mengikut arahan yang bertentangan dengan etika kehidupan. 

Dalam membendung isu keganasan itu, Tengku Naufal berkata, kerajaan menyediakan peruntukan khas mengikut undang-undang yang membela wanita daripada terus dianiaya. 

Beberapa akta digubal bagi membela nasib wanita dan memberikan mereka peluang mengecapi kehidupan dengan lebih tenteram dan tenang. Kanun keseksaan Seksyen 509 ada menyebut sesiapa yang melakukan keganasan atau jenayah kepada wanita akan dikenakan tindakan mengikut kanun keseksaan berkenaan. 

“Sudah tidak masanya kaum wanita bangkit dan memperjuangkan hak mereka. Bangun dari mimpi negeri dan sedar hak mereka dilindungi. Wanita adalah tunggak masa depan negara. 
Meskipun wanita lembut, mereka bukan lemah,” katanya

Fasakh,ganti rugi tuntutan mungkir janji

MAHKAMAH SYARIAH TENTUKAN GANTI RUGI TUNTUTAN MUNGKIR JANJI PERKAHWINAN

 

PERJANJIAN untuk berkahwin atau lazimnya disebut sebagai pertunangan dalam budaya Melayu bukan satu kontrak perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan perhubungan intim antara lelaki dan wanita.
Oleh itu pasangan yang bertunang masih lagi perlu menjaga adab dan aurat apabila bersama. Hukum syarak tidak menghalalkan perhubungan semata-mata atas dasar pertunangan. Tanggapan bahawa selepas bertunang, pasangan itu boleh ke mana saja dan melakukan perkara tertentu sebenarnya tidak mempunyai asas di dalam hukum syarak dan ia suatu dosa. Oleh itu pasangan kekasih yang berdua-duaan walaupun sudah bertunang sebenarnya melakukan maksiat dan dimurkai Allah.

Dalam pertunangan pula ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi apabila sesuatu pertunangan itu hendak dilangsungkan antaranya ialah:

a) Wanita yang hendak ditunangkan itu bukan isteri seseorang. Bertunang dengan tunang orang lain juga adalah berdosa dan kebanyakan ulama mengatakan ialah tidak sah, haram dan batal;

b) Pertunangan antara lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan mahram juga adalah tidak sah;

c) Pertunangan tidak boleh dilaksanakan antara lelaki dan wanita sekiranya wanita itu masih lagi berada dalam tempoh edah akibat diceraikan ataupun kematian suami;

Hikmah pertunangan adalah jelas iaitu bagi menjaga keharmonian masyarakat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Ia juga dapat menjauhkan seseorang dari menyakiti saudaranya yang lain dengan cara mengahwini tunangan saudaranya.
Hormat menghormati hak antara satu sama lain amat ditekankan di dalam Islam. Seseorang Muslim tidak dibenarkan bertunang atau mengahwini tunangan saudara seagamanya.

Hanya apabila pertunangan diputuskan barulah lelaki lain boleh masuk meminang wanita terbabit. Itupun tidak bermakna hukum syarak membenarkan seseorang itu menghasut supaya pertunangan terdahulu itu diputuskan semata-mata dengan harapan orang itu boleh dipinang olehnya.

Perkara sebegini juga amat dibenci Allah kerana boleh mencampakkan seseorang itu kepada kehinaan kerana menyakiti saudara seagamanya.

Apabila suatu perjanjian dibuat maka kedua belah pihak adalah terikat dengan perjanjian itu. Memungkiri perjanjian itu akan mengakibatkan pihak yang satu lagi itu akan menanggung kerugian dan sebagainya. 

Mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah."

Seksyen 15 di atas bermakna sekiranya satu daripada pihak mungkir untuk berkahwin selepas suatu perjanjian yang sah dibuat tanpa sebab yang dibenarkan syarak sedangkan pihak yang satu lagi itu bersedia untuk berkahwin dengannya maka pihak yang mungkir itu perlu:

a) Memulangkan segala hantaran yang diterimanya daripada pihak yang satu lagi ataupun jika tidak dapat memulangkannya maka perlu membayar dengan wang yang senilai dengan hantaran yang diberikan itu; 

b) Menanggung perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak yang bersedia untuk berkahwin itu di dalam membuat persediaan bagi perkahwinan itu.

Kedua-dua perkara di atas hendaklah ditanggung oleh pihak yang mungkir kepada perkahwinan itu dan sekiranya ia enggan membayarnya maka pihak yang bersedia untuk berkahwin itu boleh menuntut remedi itu di Mahkamah Syariah melalui seksyen 15 Akta yang disebut di atas.

Bagaimanapun, jika pihak yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab yang sah dan diiktiraf hukum syarak, maka pihak yang memutuskan pertunangan itu tidak perlu memenuhi kedua-dua keperluan yang diperuntukkan di dalam seksyen 15. 

Perlu dijelaskan di sini seksyen 15 di atas tidak memberi peruntukan secara spesifik untuk menuntut ganti rugi atas perasaan malu pihak yang dimungkiri untuk dikahwin itu.

Seksyen 15 hanya mengehadkan kepada dua perkara yang dinyatakan di atas saja. Oleh itu, persoalan timbul sama ada boleh menuntut ganti rugi itu ataupun sebaliknya dan mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar persoalan sedemikian.

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak mempunyai peruntukan mengenai penggunaan hukum syarak seperti dalam sembilan negeri lain di Malaysia. 

Peruntukan mengenai penggunaan hukum syarak membawa maksud bahawa mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan yang tidak selaras dengan hukum syarak adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu dan jika ada lakonan atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam Akta, mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.

Peruntukan sebegini boleh memberi kesan bahawa tuntutan ganti rugi kemungkiran perkahwinan boleh dituntut di Mahkamah Syariah dengan syarat ia boleh dibuktikan tidak berlawanan dengan hukum syarak walaupun tiada peruntukan spesifik mengenainya.

Pihak yang menuntut di Mahkamah Syariah itu hendaklah meyakinkan Mahkamah Syariah bahawa tuntutannya itu tidak tersasar dari apa yang digariskan di dalam hukum syarak sebelum mahkamah boleh memberikan perintah pihak yang mungkir itu membayar ganti rugi akibat perasaan malu yang ditanggungnya selepas diputuskan pertunangan tanpa sebab yang sah.

Namun, beban pembuktian diletakkan kepada pihak yang menuntut bagi membuktikan bahawa ia tidak berlawanan dengan hukum syarak.

Mahkamah yang berhak membicarakan tuntutan sebegini pula tentulah Mahkamah Syariah seperti yang termaktub di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang menjelaskan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mendengar perkara berhubung pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. 

Oleh itu, Mahkamah Sivil tidak berbidang kuasa bagi membicarakan tuntutan berkaitan dengan hal ehwal pertunangan ini. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan juga mengeluarkan Mahkamah Sivil daripada mempunyai bidang kuasa membicarakan perkara di mana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas sesuatu perkara itu.

CERAI ~ tuntutan fasakh

ALASAN MEMBOLEHKAN TUNTUTAN FASAKH

 

 Dalam Islam, walaupun perceraian adalah perkara yang dibenci, tetapi dalam keadaan atau situasi tertentu ianya dibolehkan. Hukum syarak memperincikan alasan yang boleh mensabitkan tuntutan fasakh. Merujuk kepada Akta atau enakmen undang-Undang Keluarga Islam, sebab-sebab yang membolehkan tuntutan fasakh adalah seperti beriku: -
     
“Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan berikut:

l Bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

l Bahawa suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

l Bahawa suami atau isteri dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

l Bahawa suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah menurut hukum syarak, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

l Bahawa suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk;

l Bahawa suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

l Bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya;

l Bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu antara lain 

l Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya;

l Berkawan dengan perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak;

l Cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

l Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

l Menghalang isteri atau suami daripada menunai atau menjalankan kewajipan amalan agamanya; atau

l Jika suami mempunyai isteri yang lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak;

l Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri enggan disetubuhi;

l Bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diiktiraf oleh hukum syarak;

l Bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Mental 1952 atau sakit mentalnya adalah daripada jenis atau setakat menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

l Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh mengikut hukum syarak.

Friday, 17 June 2011

Soal jawap keganasan rumahtangga

Soal Jawab Keganasan Rumah Tangga


Keganasan Rumah Tangga



Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
  • Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
  • Mencederakan mangsa secara fizikal.
  • Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
  • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
  • Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
  • Isteri / bekas isteri
  • Suami / bekas suami
  • Anak-anak
  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
  • Penderaan fizikal
  • Penderaan mental
  • Penderaan emosi
  • Penderaan seksual
  • Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:
  • Tahap 1 : Peningkatan tekanan - Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
  • Tahap 2: Permulaan insiden keganasan - Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
  • Tahap 3: Penyesalan - Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.
 Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?

 Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.


Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
  • Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
  • Personaliti suami atau isteri.
  • Latar belakang keluarga.
  • Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
  • Masalah ekonomi.
  • Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
  • Masalah mental
  • Latar belakang masyarakat dan budaya.
  • Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
  • Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
  • Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
  • Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
  • Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
  • Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
  • Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
  • Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
  • Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?

Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
  • Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
  • Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
  • Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
  • Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
  • Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.

Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
  • Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
  • Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
  • Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
  • Penagih, pemabuk dan kaki judi.
  • Pasangan yang mengalami sakit mental.
  • Pasangan yang kuat cemburu.
  • Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
  • Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?

Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
  • Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
  • Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
  • Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
  • Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika keganasan di tahap serius:
  • Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
  • Laporkan kepada pihak polis.
  • Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
  • Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?

Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.

Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
  • Diri sendiri
  • Ahli Keluarga
  • Jiran tetangga
  • Ahli sukarelawan dan NGO
  • Pihak Polis
  • Hospital
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
  • Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
  • Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
  • Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera? 
  • Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
  • Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
  • Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
  • Memikirkan tentang anak-anak.
  • Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami

Soal jawap Biro / umum

Assalamualaikum,saya nak tanyer...saya seorang isteri yang bekerja dan mempunyai gaji sendiri,...salahkah jika saya memberi sedikit wang dari gaji saya kepada ibu saya..adakah suami ade hak menghalang saya dari memberi wang kepada ibu saya ?dan adakah suami ade hak ke atas gaji saya?
Puan Encava,Pulau Pinang

Assalamualaikum Puan Encava,
Suami tidak berhak menghalang Puan untuk membelanjakan duit gaji Puan kejalan yang diharuskan(jika kejalan yg haram suami berhak utk melarang). Sama ada untuk sedekahkan kepada org lain atau untuk membelanjakan kepada diri sendiri.Namun jika ianya membabitkan perolehan yg diamanahkan oleh suami kepada puan, maka hendaklah mendapat persetujuan dan kebenaran suami puan terlebih dahulu,(walau pun utk tujuan sedekah).
Tetapi dalam hal Puan ini. Ternyata, itu adalah duit dari gaji Puan sendiri. Maka jawapannya adalah suami Puan tidak ada hak untuk menghalang Puan memberikan duit tersebut kepada Ibu Puan. Dan suami Puan tidak ada hak untuk membelanjakan duit gaji Puan tanpa izin daripada Puan,namun haruslah ianya Puan fahami secara bijaksana, bagaimana Puan memperolehi gaji tersebut adalah dari pekerjaan. Dan pekerjaan itu adalah dengan izin suami Puan. Jika suami Puan tidak mengizinkan Puan bekerja, maka haram hukumnya seorang isteri itu pergi dari kediaman suaminya dengan tanpa rela suaminya.
.





 Apakah hak seorang isteri dalam sesbuah perkahwinan?
Sadiah Ramli
Puchong,Selangor

Seseorang isteri itu adalah berhak kepada:
i) Nafkah 
ii) Kasih sayang dari suami 
iii) Hak untuk mendapatkan keadilan





 Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah dan apakah nafkah yang wajib keatas suami terhadap isterinya?
Puan Mariam Ali
cheras perdana


 Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri.Nafkah itu adalah seperti makan dan minum,pakaian,tempat tinggal,perubatan dan pembanty rumah sekiranya perlu.


 Bilakah nafkah ini boleh dituntut dan berapa kadar nafkah?
Ingin Tahu,KL


Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung. 

Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami. 


Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur? 
LAILA.SHAH ALAM

Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami. 



Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz? Bilakah penerimaan nafkah akan tamat?
Azila Ahmad Daud,sepang

Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.
Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz. 


 Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ? 
MARINA ZAABA,KAMPUNG LADANG,KUALA TERENGGANU

Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz. 





Apakah yang dimaksudkan oleh nafkah tertunggak dan bolehkah isteri menuntut tunggakkan tersebut?
siti nuer salina,kepong

Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.
Isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam
"sesungguhnya beruntunglah lelaki-lelaki didalam dunia ini yang memperolehi seorang, atau dua orang, atau tiga orang, atau empat isteri yang beriman dan mengerti agama itu dengan jelas. Yg tidak berbicara mengikut emosi yg tidak dicerna dengan baik. Yang berlaku sopan dan halus pekertinya. Maka jika yg demikian terdapatnya, bersyukurlah. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi."
.Dan,
."Sesungguhnya beruntunglah seorang isteri yang mempunyai suami yang sangat perihatin kepada keberadaannya. Yang selalu berterima kasih dengan pengorbanannya. Yang sentiasa berkata-kata dengan perkataan yang baik dan lembut. Yang menyediakan keperluan mereka. Maka dengan yang demikian, sampailah sudah sebahagian dari Janji Allah itu kepada mereka. Dan redhalah kalian, kerana sesungguhnya Allah menjanjikan Syurga yang amat indah bagi kalian.








ADAKAH gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?
Jamilah Rahmat
selangor

Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu.

Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa':34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad.

Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi.

Dari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah




Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?
Shafika Rahmadi


Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul. Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya.

Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7).

Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya. Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumah tangga




APAKAH hukum seorang isteri melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan suami selepas dipukul sehingga lebam dan benarkah isteri berdosa setiap detik selama tiada di rumah?

Adakah berdosa jika saya meminta cerai memandangkan sudah beberapa kali suami menghancurkan hati saya sedangkan saya banyak berkorban untuknya termasuk wang ringgit?


Berdasarkan kisah diceritakan, jelas ibu saudari mengalami penderaan secara fizikal, mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Berdasarkan peruntukan itu, seseorang dilindungi mengikut akta apabila:

# timbulkan ketakutan akan dicederakan;

# mangsa dicederakan secara fizikal;

# mangsa dipaksa secara kekerasan atau ancaman untuk tindakan seksual;

# mangsa dikurung atau ditahan secara paksa;

# harta mangsa dirosakkan oleh pelaku keganasan.

Berdasarkan peruntukan, ada tiga jenis perintah yang boleh dimohon mangsa iaitu perintah perlindungan sementara (IPO), perintah perlindungan dan perintah injunksi atau tegahan diri daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Perintah perlindungan sementara adalah perintah yang boleh dimohon mangsa untuk mendapatkan perlindungan, sementara kes dalam tempoh siasatan polis dan akan terhenti apabila kes selesai disiasat.

Sementara perintah perlindungan pula adalah perintah yang boleh dimohon mangsa selepas pelaku selesai disiasat dan dilepaskan dengan jaminan atau kompaun. Perintah itu hanya bertahan setahun.

Perintah tegahan pula adalah perintah yang boleh dimohon di Mahkamah Syariah mengikut seksyen 107 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 di mana berdasarkan peruntukan yang ada, Mahkamah Syariah berbidang kuasa untuk mengeluarkan perintah: "...memerintahkan seseorang menahan dirinya daripada mengganggu atau menceroboh dengan apa-apa carapun ke atas isteri, bekas isteri sepanjang tempoh perbicaraan hal ehwal suami isteri sedang berjalan."

Perkara pertama yang perlu dibuat mangsa adalah membuat laporan di Balai Polis berdekatan secepat mungkin. Banyak kes dilaporkan menunjukkan kegagalan mangsa membuat laporan dengan menunggu 72 jam selepas kejadian.

Mangsa juga perlu mendapatkan rawatan dan surat pengesahan doktor membuktikan dirinya cedera akibat didera suami mangsa dari hospital berdekatan.

Oleh itu, bagi menyelamatkan ibu saudari daripada keganasan bapa tiri, langkah yang perlu diambil adalah membawa keluar ibu saudari daripada rumah kelamin untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa iaitu dengan mendapatkan perintah perlindungan sementara.

Memandangkan ibu saudari tinggal di sekitar Sungai Buloh, Selangor maka hospital yang terdekat adalah Hospital Sungai Buloh, salah satu daripada enam hospital di Selangor yang mempunyai perkhidmatan One Stop Crisis Center (OSCC).

Pusat sehenti menamatkan krisis itu membolehkan mangsa keganasan rumah tangga diletakkan di satu tempat khas dan berasingan daripada pesakit lain untuk mendapat rawatan doktor dan kaunselor bertugas. Mangsa akan diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling.

Selepas mendapat rawatan, mangsa tidak perlu pergi ke balai polis sebaliknya hanya perlu membuat laporan kepada polis yang bertugas di pusat OSCC.

Tindakan isteri keluar rumah akibat penderaan fizikal oleh suami tidak boleh menyebabkan isteri diisytihar nusyuz kerana perbuatan keluar daripada rumah kelamin adalah termasuk dalam usaha perlu dilakukan bagi menyelamatkan daripada darar syarie yang berlaku ke atas tubuh badannya yang diiktiraf hukum syarak.

Ini selari peruntukan seksyen 60 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 di bawah kuasa mahkamah mengisytiharkan nusyuz terhadap isteri yang memasukkan peruntukan, "...apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak."




BEBERAPA tahun lalu, ibu saya berkahwin baru selepas lima tahun bapa meninggal dunia. Sebagai anak saya berharap ibu hidup bahagia bersama suaminya. Namun, harapan saya musnah kerana bapa tiri seorang yang panas baran dan sering mencederakan ibu apabila berlaku pertengkaran. Ibu sering dipukul hingga lebam, berdarah di bibir dan pipi. Akibat keganasan yang sering berlaku, ibu menjadi murung dan sering sakit serta takut dengan bapa tiri. Ibu takut untuk membuat aduan kerana bimbang dicederakan lebih teruk oleh bapa tiri. Beberapa minggu lalu, ibu saya dipijak bapa tiri di bahagian dada apabila cuba keluar dari rumah. Bagaimana cara saya dapat menyelamatkan ibu daripada keganasan bapa tiri dan jika ibu keluar dari rumah bolehkah beliau disabitkan nusyuz.
SARAHANI MALIK,TERENGGANU


ISTERI berdosa meninggalkan rumah suami tanpa sebab. Bagaimanapun, isteri tidak berdosa apabila melarikan diri disebabkan dipukul suami melebihi daripada had yang dibenarkan syarak.

Mengikut al-Quran, suami hanya boleh memukul isteri dengan tujuan mendidik, itupun jika gagal dalam cara lain iaitu nasihat dan memulau tempat tidur. (Boleh rujuk surah an-Nisa' ayat 34)

[Surah An-Nisa,Ayat 34]
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "


Sekiranya suami mencederakan, isteri boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memohon cerai taklik.Suami sudah melafazkan lafaz taklik selepas akad pernikahan iaitu tidak meninggalkan isteri, tidak memberi nafkah selama empat bulan atau lebih, menyakiti tubuh badan isteri, tidak mempedulikannya selama empat bulan, maka talak taklik akan gugur selepas sabit kesalahannya di mahkamah. Memohon perceraian dengan sebab dibenarkan syarak tidak berdosa.





Wednesday, 8 June 2011

Artikel Biro - Nora Asyikin Ismail (Pengerusi Biro)


Puan Nora Ashikin Pengerusi Biro Tata Syariah

 Hak Isteri Menurut Undang-undang  Keluarga Islam di Malaysia



Persoalan tentang hal ehwal perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang
Berkaitan dengannya telah lama didokumentasikan dan diamalkan oleh masyarakat berasaskan kepada prinsip Perundangan Islam yang dialami oleh Masyarakat Melayu lama telah memperuntukkan:
 Hak Suami & Hak Isteri Menurut Undang -undang Keluarga Islam di Malaysia
Perkara memaklumkan kepada pengetahuan isteri yang sedia ada tentang hasrat suami untuk berpoligami juga disebut dalam Muktamar Pertubuhan-pertubuhan
Perempuan Islam Malaysia pada tahun 1975. Dalam Muktamar tersebut mereka telah mengemukakan beberapa resolusi dan antaranya adalah berkaitan dengan poligami iaitu sebagaimana dalam Resolusi 8:
"Bagi seorang lelaki Islam yang hendak berpoligami, beliau hendaklah meminta kebenaran bertulis daripada Kadhi Besar Negeri yang berkenaan, dengan mengemukakan sebab-sebabnya beliau perlu berbuat demikian.Sebelum seseorang kadhi mengahwinkan seseorang lelaki lebih dari satu kali (untuk tujuan berpoligami), pihak kadhi hendaklah menerangkan akan syaratsyarat berpoligami serta mendapatkan akuan dari suarni itu yang beliau akan mematuhi syarat-syarat tersebut. Pengakuan ini hendaklah dibuat di hadapan
isteri tuanya serta bakal isterinya untuk mendapatkan keredhaan dan persetujuan mereka."
Di awal tahun 1980an, Malaysia telah mula menggubal satu Undang-undng khas berhubung dengan kekeluargaan Islam yang lebih kemas dan terperinci. Usaha ini
sebenarya bukanlah suatu idea yang baru kerana sebelum ini beberapa negara-negara Islam yang lain telah terlebih awal menguatkuasakan Undang-undang Keluarga Islam
yang lengkap. Sebahagian besar peruntukan permohonan poligami yang terdapat didalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri mempunyai persamaan
dengan Ordinan Undang-undang Perkahwinan Islam; Pakistan 1960.
Undang-undang baru ini bertujuan untuk memperincikan serta mengemaskinikan pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Malaysia serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari hal ehwal kekeluargaan. Penggubalan undang undang keluarga ini telah mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat. Dalam hal ini Mehrun Siraj menyebut:13
"The most significant development in relation to Syariah has been the removal of the Family law provision from the Administration of Muslim Law Enactments and their inclusion in specifically enacted Enactments."
Dalam pada itu terdapat juga sebahagian dari masyarakat lain yang mengkritik penggubalan Undang-undag Keluarga Islam sebagai sesuatu yang bertentangan dengan
Syarak. Tanggapan sebegini tidak menghairankan kerana masyarakat beranggapan bahawa jika sesuatu yang tidak terdapat di dalam al-Qur'an maka pembaharnan seperti
ini akan dianggap sebagai bertentangan dengan Syarak. Umpamanya dalam menghadkan umur perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, poligami dan perceraian
dengan kebenaran Mahkamah dan banyak lagi. Tetapi satu hal yang perlu diberi perhatian bahawa, pembaharuan yang dibuat bukanlah sewenang-wenangnya tanpa
asas rujukan terhadap teks-teks perundangan Islam. Seperti kata Ahmad Hidayat:4
137
Jumal Syariah, 11:2 {2003] 131-146
" ... perubahan-perubahan modern yang berlaku di dalam undang -undangkeluarga Islam bukanlah sesuatu yang terkeluar dari Islam kerana ia adalah penafsiran semula undang-undang Syariah mengikut keperluan semasa .... "
Oleh yang demikian sekiranya undang-undang digubal bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat terutarnanya dalam hal yang berkaitan dengan pengawalan
terhadap penyelewengan dalam amalan poligarni bukanlah sesuatu yang bertentangaan
dengan Islam. Dalam hal ini A.A. Fyzee menyebut15
"Legislation is not a bid'ah (sinful innovation) but righteous action to give
justice where it is due. For cogent reasons reform by legislation seems to be
the best remedy".
Peruntukan berkaitan dengan permohonan poligarni y~g ada di dalam Enakrnen
Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam ini sebenamya adalah bertujuan untuk
mengawal amalan tersebut agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat
daripada amalan poligarni yang tidak betul. Kerana itu semua negeri di Malaysia
memperuntukkan bahawa setiap permohonan untuk berpoligarni mestilah mendapat
kebenaran bertulis dari Mahkarnah Syariah atau pun Hakim Syarie. Di bawah ini akan
dinyatakan secara terperinci peruntukan-peruntukan yang ada bagi melihat apakah
hak-hak isteri dalam perkahwinan poligarni dijarnin oleh Undang-undang keluarga
Islam yang sedia ada.
Peruntukan berkaitan dengan poligami merupakan salah satu aspek yang
dikenalpasti tidak seragam di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ketidak
seragaman tersebut boleh dilihat dari sudut
a. Permohonan poligarni
b. Pendaftaran poligarni tidak mengikut prosedur undang-undang
c. Hukurnan bagi kesalahan poligarni tanpa kebenaran Mahkamah
d. Hukurnan bagi kesalahan ketidakadilan antara isteri-isteri
e. Peruntukan pembubaran perkahwinan melalui fasakh.
a. Pennohonan poligami
Bagi negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah
Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak telah
memperuntukkan prosedur terperinci yang perlu dipatuhi sebelum Mahkarnah Syariah
meluluskan permohonan tersebut. Pemohon perlu menyatakan:
• Alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu
Pendapatan pemohon
Butir-butir kornitmen, kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut
ditentukan
138
Poligami: Hak Suami & Hak Isteri Menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
• Bilangan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi
tanggungannya
• Sarna ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada telab
diperolehi atau tidak terhadap perkabwinan yang dicadangkan itu.
Apabila Mahkamah menerima permohonan ini, maka yang sedia ada akan
dipanggil untuk mendengar permohonan suami tersebut.16 Mahkamah akan
mengeluarkan saman kepada isteri yang sedia ada sekalipun suami tidak memberitabu
hasratnya untuk berpoligarni. Soal untuk mendapat tandatangan isteri yang sedia ada
tidak dinyatakan di dalam borang permohonan dan juga tidak diperuntukkan di dalarn
Undang-undang Keluarg Islam. Sebaliknya apa yang perlu adalab pengakuan dari
suami dibuat dengan menyatakan sarna ada isteri yang sedia ada bersetuju ataupun
tidak dengan permohonan terse but.
Sebelum Mahkamab Syariah membenarkan permohonan tersebut, Mabkamah
perlu berpuashati dengan beberapa perkara yang telah diperuntukkan oleh undangundang
iaitu:
i. Perkabwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu
ii. pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung
sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak
iii. pemohon berupaya memberi layanan yang sarna rata
iv. perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syar'f
kepada isteri-isteri yang sedia ada.
v. perkabwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara lang sung
atau secara tidak langsung taraf kehidupan yang telab dinikmati oleh isteri
dan tanggungannya yang sedia ada.
Sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa suaminya telab memenuhi syaratsyarat
yang telah ditetapkan sekalipun isteri tidak bersetuju, Mahkamah akan
meluluskan permohonan tersebut. Kebenaran dan keengganan isteri terhadap hasrat
suarni untuk berpoligarni tidak mengikat Mahkarnab, sebaliknya maklumat yang diberi
adalab keterangan yang digunakan sebagai membantu Mahkarnab membuat keputusan
meluluskan atau menolak satu-satu permohonan poligami.
Pada pertengahan tahun 1995, peruntukan seksyen 23 ini telah dipinda terhadap
2 perkara iaitu:
a) membenarkan pendaftaran kepada perkahwinan yang tidak mengikut
prosedur (kabwin di sempadan)
b) syarat (v) dibuang.
Manakala bagi negeri-negeri sepertj Kelantan, Terengganu dan Perak, tidak
memperuntukkan secara terperinci syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seorang
139
Jurnai Syariah, 11:2 [2003J 131-146
suami untuk berpoligami. lni bermakna terpulang kepada budi bicara Mahkamah
untuk meluluskan ataupun tidak permohonan suami tersebut. Bahkan isteri tidak
dipanggil untuk hadir mendengar permohonan suami tersebut. Mahkamah hanya
berpegang kepada keterangan yang diberi oleh suami dan saksi-saksinya sahaja.
Bagaimanapun di negeri Perak umpamanya, dari segi pelaksanaan syarat-syarat
yang dinyatakan di atas telah dijadikan panduan dalam menentukan sama ada
seseorang suami itu layak ataupun tidak untuk berpoligami. Di Kelantan pula pada
awal 1990an, satu surat pekeliling telah dikeluarkan oleh pejabat Kadi Besar (pada
ketikaitu) yang mengarahkan supaya setiap permohonan poligami perlu dimaklurnkan
kepada isteri yang sedia ada dalam tempoh 14 hari daripada Mahkamah mendengar
permohonan suami. Prosedur memaklumkan kepada isteri adalah ekoran daripada
rungutan para isteri yang tidak tahu mengenai kedudukan suaminya yang telah
berkahwin lain. Bahkan pihak berkuasa berpendapat bahawa dengan memaklurnkan
kepada isteri yang sedia ada, dapat mengelakkan daripada berlakunya penganiayaan
kepada mereka. Bukan setakat itu, bakal wanita yang akan dikahwininya dan wali
kepada wanita tersebut akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan daripada
mereka.
Isteri yang sedia ada dipanggil ke Mahkamah antara lain bertujuan untuk
mengemukakan hak-hak mereka sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.
Hak-hak tersebut adalah hak untuk mendapatkan nafkah diri isteri, nafkah anak, hak
bermalam, penginapan yang berasingan dan juga hak untuk mendapatkan harta
sepencarian Gika ada). Kehadiran isteri yang sedia ada ke Mahkamah bukanlah untuk
memberi keizinan tetapi adalah untuk membantu Mahkamah membuat keputusan
berkaitan dengan kemampuan suarni dalam perkara-perkara yang dinyatakan. Dengan
pengetahuan isteri yang sedia ada mengenai kedudukan suaminya, ini membolehkan
mereka mengambil tindakan sekiranya berlaku penyelewengan terhadap hak-hak
mereka. Bagaimanapun di sesetengah Mahkamah, perintah-perintah sampingan yang
berupa hak-hak isteri ini kadangkala tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh
Mahkamah. Sekalipun suarni ada menyatakan amaun nafkah, bilangan bermalam dan
sebagainya, namun ianya hanyalah di dalam borang permohonan poligarni. Mahkamah
lebih menumpukan kepada soal meluluskan atau tidak permohonan suami tersebut.
Pada pertengahan 1990an, aduan diterima daripada masyarakat terutamanya isteri
yang sedia ada tentang perpindahan harta-harta perkahwinan ke pihak yang ketiga
(isteri barn atau orang lain). Rungutan dan aduan ini semakin banyak diterima apabila
ramai isteri menyatakan kekesalan dan kekecewaannya apabila harta-harta yang
dikumpul bersama sama ada ianya diperolehi secara lang sung mahupun tidak, telah
habis dijual at au dipindahmilikkan. Perkara ini telah mendapat perhatian yang
sewajarnya, dan kini, Mahkamah Syariah akan mengeluarkan perintah berkaitan
dengan hak harta sepencarian isteri sebelum Mahkamah meluluskan permohonan
suarni. Bagaimanapun hak untuk mendapatkan harta sepencarian semasa permohonan



Puan Nora Ashikin,pengerusi Biro Tata Syariah

Hak Wanita dalam Poligami
              Poligami kebanyakannya  berlaku di kawasan/negeri-negeri yang mana harta-harta yang diperolehi suami isteri adalah banyak. Umpamanya, di Wilayah  Persekutuan dan Selangor. Setakat ini pindaan undang-undang tentang perkara ini belum dilakukan lagi.
Kini timbul persoalan lain pula bila ada wang dalam KWSP juga boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian.
            Antara tujuan perbincangan perkara ini adalah untuk memastikan bahawa perkahwinan poligami tidak akan menjejaskan hak isteri untuk mendapatkan harta sepencarian. Masalah lain yang dibangkitkan oleh masyarakat pada masa ini adalah berkaitan dengan mengftibahkan harta-harta kepada pihak yang lain dalam keadaan isteri tidak mengetahui tentang perkahwinan poligami suaminya.
Perkara ini juga perlu diberi perhatian dalam kes di mana harta-harta sepencarian atas nama suami telah dihibahkan kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan isteri yang
sedia ada. Sejauh mana isteri boleh memohon injunksi untuk menahan harta-harta tersebut dari dihibahkan tidak diperuntukan jaminannya dalam undang-undang.
             Perkahwinan yang tidak mengikut prosedur undang-undang ini seperti berpoligami di sempadan telah mengakibatkan perkahwinan tersebut tidak boleh
didaftarkan. lni akan memberi kesan yang besar kepada isteri yang dikahwini itu akibat daripada tidak mendaftar perkahwinan yang telah dijalankan. Umpamanya
untuk tujuan tuntutan nafkah, perceraian ataupun pusaka. Oleh yang demikian beberapa negeri telah meminda dan memasukkan satu peruntukan yang mernbenarkan
perkahwinan seperti ini didaftarkan tertakluk kepada penalti yang telah dikenakan.Pindaan ini nampaknya memberi satu berita yang baik kepada isteri kedua, ketiga dan ke empat kerana perkahwinan mereka yang tidak mengikut prosedur tersebut kiniboleh didaftarkan. Bagaimanapun masih lagi terdapat negeri-negeri yang belum  meminda peruntukan ini.